Wednesday, August 13, 2008

Baktisiswa dan Aspirasi

NOR AZIM HAKIM NORAZMI: ade sape2 nak join baktisiswa kat alor pongsu n bagan tiang dari 16-19 ogos 2008 anjuran rakan muda desa wawasan x? sape2 yg free n x balik leh la bagi name kat aku...~kishi~ mintak tolong passingkan yer..tq..

Semalam mesej di atas bertebaran di Yahoo Mesenger dari salah seorang pendokong regime aspirasi di kampus USM Transkerian. Mesej tersebut bertujuan mengajak pelajar USM TRanskerian ke program yang kononnya khidmat masyarakat di Bagan Tiang dan Alor Pongsu. Dalam iklan dan kempen publisiti peserta digambarkan akan di bawa bertemu dengan penduduk kampung. Membuat program-program bersama dengan penduduk kampung seperti program anak angkat, motivasi, seminar, syarahan, gotong royong dan banyak lagi melibatkan masyarakat. Dari satu sudut, kita melihat program ini amat baik dan perlu disertai oleh pelajar unversiti. Tapi, sebenarnya program baktisiswa ini rupanya telah pun dikenal pasti satu agen UMNO untuk memperalatkan pelajar universiti demi kepentingan survival politik mereka.

Aku mula mengetahui tentang dakyah ini apabila membaca liputan amirulreza berkaitan dengan penglibatan baktisiswa di kampus aku sendiri iaitu transkerian dua tahun lepas. Aku terjumpa artikel tersebut gara-gara asyik mencari artikel berkaitan dengan kampusku menggunakan pakcik google (menggunakan istilah GB). Walaupun artikel tersebut aku terlewat beberapa bulan membacanya, ia cukup menyedarkan aku betapa mahasiswa di perkotak katik untuk kepentingan UMNO.

Mungkin ramai beranggapan, liputan amirulreza tersebut hanya program bernama Siswa Masuk Kampung, bukannya Baktisiswa. Baktisiswa pula tidak dicemari dengan unsur-unsur politik. Tapi jangkaan ini meleset apabila pendedahan terang-terangan kawan0kawanku yang telah menyertai baktisiswa di Jeli, Kelantan sebelum pilihanraya umum yang lalu. Mereka diminta mencula undi iaitu mengenal pasti rumah isi keluarga sama penyokong umno atau penyokong permbangkang. Mereka juga diprogramkan untuk menjadi anak angkat penduduk-penduk kampung untuk menarik hati kepada UMNO. Dalam masa yang sama mereka perlu memberi risalah umno di kawasan Dato's Mustapha, Menteri Pengajian Tinggi masa itu. Kawan-kawanku itu menyesal pergi ke program baktisiswa Jeli tersebut yang diiklan segalanya percuma. Perjalanan pergi balik percuma. Makan minum percuma. Beberapa hadiah sumbangan turut diberikan. Mereka baru sedar semuanya itu hanyalah umpan untuk menjadi agen UMNO. Pendedahan oleh Saudara Lutfi secara terperinci bagaimana program baktisiswa ini berperanan sebagai agen atau alat UMNO dalam artikelnya yang berbunyi Universiti, pelajar IPT diperguna Mustapa untuk kempen BN Kelantan


Mengikut maklumat terkini, satu operasi khas akan diadakan untuk membantu UMNO kawasan Permatang Pauh bagi mengurangkan majoriti atau memenangi kawasan parlimen dalam pilihanraya kecil tersebut. Penamaan calon 16hb Ogos ini bermulanya kempen besar-besaran jentera UMNO ini nanti. Program ini perlu melibatkan pelajar-pelajar yang boleh berjumpa dengan orang-orang kampung untuk membantu UMNO menyebarkan dakyah-dakyah perkauman yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Lokasi pertemuan mereka iaitu di Alor Pongsu Dan Bagan Tiang dijangka diuruskan oleh UMNO kawasan tersebut untuk di bawa ke Permatang Pauh selama 4 hari 3 malam. Mesej Yahoo Mesenger di atas, iklan di softboard, dan banner di cafetaria mengesahkan mereka bersungguh-sungguh mencari peserta demi menjayakan misi ini.

Kebanyakan pelajar yang mempromosikan baktisiswa ini di kalangan pelajar telah pun didokrinkan fahaman sekular semasa menjalani program anjuran Biro Tata Negara. Fahaman sekular yang didokrinkan secara tidak langsung ini boleh diringkaskan sebagai fahaman aspirasi universiti ini. Mereka tidak mempercayai golongan ulama ilmuan Al Quran dan Hadith ini mampu mentadbir negara. Mereka disuap dengan jasa-jasa UMNO memerdekakan negara dari tangan penjajah. Mereka ditanam perasaan bangga terhadap pemimpin UMNO terdahulu berunding dengan aman tanpa pertumpahan darah. Adakah mereka tahu, kenapa UMNO mendapat restu British? Kenapa Bristih bersetuju memerdekakan negara? Mereka tidak tahu. Mereka hanya tahu berbangga pemimpin UMNO ini pandai dan sememangnya layak. Disebabkan itulah British sanggup menyerahkan negara jajahan mereka ke tangan UMNO.

UMNO mendapat restu British kerana dalam perlembagaan UMNO merupakan fahaman sekularisme dan menjadi kebanggaan British. UMNO merupakan perjuangan Banggsa Melayu. Bukan lagi perjuangan Islam. Kenapa Dr Burhanudin Al Hilmi di tangkap? Kenapa Parti Hisbul Muslimin diharamkan di Malaya semasa pemerintahan british? Senang saja jawapannya. Sebab Pasti Hizbul Muslimin tidak berjuang atas nama bangsa. Tetapi agama. Bukan memperjuangkan sekularise seperi UMNO. Disebabkan itulah beberapa pemimpin Hisbul Muslimin dihumbangkan ke dalam penjara.

Golongan aspirasi inilah golongan pelajar universiti yang telah termakan dengan ideologi fahaman sesat ini. Segala penipuan slide-slide penceramah BTN ditelan bulat-bulat tanpa berfikir tentang kebenarannya. Bagaimana mahu mengetahui kebenaran lantaran ilmu di dada yang cetek tanpa pengimbal yang benar dan salah. Dengan kata lain, sistem pendidkan bermula dari sekolah rendah sudah pun menjauhkan diri pelajar dari mengenal erti apa itu perjuangan Islam. Apa itu gerakan islam.

Penceramah BTN di depan pentas berceramah dianggap pelajar-pelajar ini seperti wali, ahli sufi, bahkan nabi yang kata-kata mereka penuh dengan bait-bait kebenaran. Mereka inilah golongan yang layak dilabel sebagai aspirasi universiti. Padahal mereka tidak sedar. Merekalah lembu-lembu keluaran universiti yang mendokong fahaman sekular. Mereka tidak tahu matlamat hidup sebenarnya mereka. Mereka ditiup roh kebangsaan. Semangat berjuang sejati kononnya. Tapi landasan yang dipilih terpesong dari jalan para nabi.

Mengikut beberapa kawan-kawanku yang masih berkesedaran. Yang mempunyai Ilmu di dada sebagai benteng dan penyelamat. Mereka mendakwa telah dihasut oleh penceramah Biro tata Negara dalam modul-modul yang dilaksanakan sepanjang program. Kebanyakannya bertujuan membenci parti pembangkang. Tidak tahan dengan proses pembodohan ini (istilah Dr Hasan Ali) mereka bertekad tidak mahu menyertai lagi program sebegitu. Seperti biasa, umpan yang mereka termakan yang kononnya lawatan percuma ke Pulau Tioman, Pulau Langkawi, mereka tidak akan termakan lagi. Mereka sudah faham ini semua adalah umpan semata-mata untuk menjerat pelajar menyertai program BTN ini.


"Salam Aspirasi. Salam Aspirasi. Salam Aspirasi."

Itulah jenis salam yang bergemar di Dewan Utama USM Transkerian ketika menyambut kedatangan mahasiswa baru tahun satu. Termasuk aku dulu. Ajk-ajk yang berdiri hadapan menabur senyuman manis di depan kami. Mereka ingin beritahu, merekalah abang-abang dan kakak-kakak yang akan membantu adik-adik sepanjang berada di universiti. Salah seorang dari abang-abang dan kakak-kakak ini memberitahu apa makna sebenar aspirasi universiti. Hebat. Mereka mahu mendokrin pelajar bermula mereka menjejak kaki ke universiti.

"Aspirasi Universiti bermaksud kumpulan menyokong dan mendokong yang membantu mengharumkan nama universiti dan memartabatkan universiti di mata dunia,"

kata salah seorang abg atau kakak-akak ini.


Semua pelajar bertepuk tangan mendengar istilah baru yang pertama kali menerjah fikiran mereka. Istilah tersebut membentuk batu asas, ibarat batu asas sebuah bangunan yang kukuh, sebelum istilah-istilah lain menyusul membentuk dinding dan tiangnya.

Untuk pengetahuan pembaca, abg-abg dan kakak-akak inilah dikenali sebagai PPMS. Atau pembantu pelajar minggu suai kenal. Bagaimanakah mereka terpilih sebagai PPMS?. Apa syarat-syaratnya. Syarat mereka ialah pelajar yang menjadi PPMS ini ialah mereka mestilah golongan Aspirasi. Atau golongan yang dirasakan boleh ditarik menjadi golongan Aspirasi. Mereka ini kebanyakan tidak mempunyai pengenalan agama di sekolah rendah dan menengah. Mereka juga kebanyakan mempunyai semangat kemelayuan dan semangat kebangsaan yang kuat. Mereka inilah golongan aspirasi universiti atau lembu-lembu keluaran universiti untuk merosakkan masyarakat terus-menerus dengan fahaman sekular.




Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Papar semua...